Tuesday 2 August 2011

Kahwin

Assalamualaikum




KAHWIN. ape yg korg fikirkan bile sebut pasal kahwin? haha. bagi lelaki, bile sebut pasal kahwin, semua org nk perempuan yang cantik lah, perempuan yang solehahlah, perempuan yg x keluar rumah, yg pandai memasak, yang taat kepada suami. nie semua merupakan pilihan hati korg kan?


lain pulak dgn perempuan, inginkan lelaki yang handsome, xmain kayu tiga, menolong isteri di rumah, bertanggungjawab, soleh, taat kepada Allah, taat kepada ibubapa, yang mempunyai suara yang sedap bila berimamkan apabila solat, yg menjaga solat, yang membimbing keluarga ke arah yang sempurna, yg sentiasa memberi kasih syg yang cukup, yg sentiasa memberi perhatian, yg memahami isi hati, yg sentiasa merindui diri ini apabila keseorang dan yg segala bagai yang lagi.


cube yang lelaki, renungkanlah, perkahwinan ini sebenarnya banyak memberi pengajaran kepada kita.


Isteri yg kamu kahwinkan itu tidaklah semulia Siti Khadijah
tidak setaqwa aishah
Pun jua tidak setabah Fatimah.
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman, yang punyai cita-cita menjadi solehah. Yang ingin perbaiki diri untuk yang lebih baik, untuk suami yang tercinta, segala yang dilakukan pastikan hanya satu tujuan, iaitu kerana Allah.



Melalui pernikahan inilah, kita belajar tentang kewajipan bersama,
Andai kata isteri itu adalah sebidang tanah, kita si lelaki sebagai langit yang menaungnya.
andai kata isteri itu adalah ladang tanaman, kita si lelaki sebagai pemagar yang menjaga mereka.
Andai kata isteri itu adalah kiasan ternakan, kita si lelaki sebagai gembalanya.
Andai kata isteri itu adalah seorang murid, kita si lelaki sebagai guru yang membimbing mereka.
Andai kata isteri itu adalah seorang anak kecil, kita si lelaki sebagai tempat mereka bermanja.



Dan pada kamu si isteri, jika dari sudut saudari semua pula,
lelaki yang kamu terima sebagai suami bukanlah Rasulullah SAW,
pun bukanlah Sayyidina Ali,
mereka cuma suami akhri zaman, yang berusaha menjadi soleh.Renungkanlah,
suami itu tidaklah semulia Muhammad Saw,
tidaklah jugak setaqwa Ibrahim,
pun tidak setabah Ayyub,
mahupun segagah Musa,
apatah lagi setampan Yusuf,
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman,
yang mempunyai cita-cita untuk membangun keturunan yang soleh



Allah SWT berfirman, “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan pada apa-apa yang diinginkan, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang” (QS. Ali Imran: 14).


melalui perkahwinan lah kite belajar cara untuk menjadi org yg lebih bertanggungjawab, belajar cara untuk bertolak ansur, saling melengkapi antara satu sama lain.
suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
suami adalah nakhoda kapal, kamu pengemudinya
suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton yang terhibur akan kenakalanya


dan menyedari bahawa suami tidak segagah mana, dan kamu wanita bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga,
kita semua hanyalah manusia akhir zaman yang berusaha menjadi orang yang soleh dan solehah. amin

Jadi, para suami isteri, jangan terlalu memilih ciri-ciri yang menyedapkan hati namun kehidupan penuh sengsara.
Jangan terlalu memilih hanya mampu mengukir senyuman buat sementara, namun penuh kesedihan ketika waktu yang selamanya.

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah SAW
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah

p/s : sekadar renungan

No comments:

Post a Comment